Wednesday, November 20, 2013

Bekam Sunnah di Sungai Petani, Kedah

Salam, orang Sungai Petani!

Terima kasih di atas sokongan anda semua selama kami beroperasi dalam tempoh 3 tahun ini. Kami telah menghentikan operasi di Sungai Petani dan akan beralih kepada pembekam mobile dalam sedikit masa lagi. (Sementara menunggu tempoh bersalin dan berpantang selesai. ;) )

Untuk makluman peminat-peminat bekam semua, di Sungai Petani ada sebuah pusat bekam Sunnah lagi di alamat berikut: (Saya masih belum berkesempatan ke sana, tapi saya suka dan berpuas hati dengan info yang didapati dari laman web mereka. :) )

SG. PETANI, KEDAH

Photobucket

LOKASI: Kg Padang Temusu, Belakang Masjid Padang Temusu, Sg Petani, Kedah

BUKA: 10am-10pm Setiap hari

CARA TEMUJANJI: Sila SMS atau hubungi lebih awal untuk temujanji anda sebelum datang kepada:-
1) Muallij Shazry 017-403 4940
2) Muallij Syafiq 012-440 2553
3) Pn Ana 017-424 0064

Teruskan berbekam! Semoga diberkati Allah di dalam kekuatan, kesihatan dan kebahaagiaan. Aameen..

Wednesday, June 15, 2011

Sebulan di Sungai Petani

Di Sungai Petani, aktiviti berbekam agak berkurangan. Mungkin kurang publisiti, saya masih belum lagi mendapat flow customer yang berterusan seperti di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kelapangan masa di Sungai Petani ini tidak saya sia-siakan. Selain dari masa yang terluang untuk kelas English dan kelas cepat membaca, saya kerap membekam titik-titik sunnah berbekam untuk diri sendiri, dengan bantuan suami. Syukur, manfaat bekam dapat saya nikmati. Tiada lagi sakit pinggang di pagi hari.


Kebetulan terjumpa promosi barangan kesihatan sunnah di sini, menambah rahmat. Kini  sudah hampir 3 minggu saya mengamalkan satu sudu madu di minum dengan secawan air suam dicampur suku sudu teh habbatus-sauda' setiap pagi dan sebelum tidur seperti yang di ajar oleh Kak Ida dari Keramat. Memang mujarab. Bangun tidur lebih cergas.

Saya berharap dapat meneruskan amalan perubatan sunnah ini semaksima mungkin. Semoga Allah mempermudahkan jalan. Aameen.

Tuesday, May 3, 2011

Sunnah Nabi: Berbekam di tengah, kanan dan kiri bahu.

Berbekam memang mempunyai pelbagai keistimewaan, lebih-lebih lagi, ia merupakan rawatan yang dianjurkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Di manakah Nabi s.a.w. selalu berbekam? Daripada banyak sumber yang ditemui, didapati titik yang menjadi sunnah Nabi s.a.w. ialah di tengah-tengah, di kiri dan di kanan bahu. Kemudian, di tempat-tempat yang sakit.

Setiap kali datang seorang sahabat datang menemui baginda dan mengadu sakit (apa juga jenis kesakitan), nescaya baginda akan menasihatkan supaya berbekam. Sudah tentu ada kelebihannya berbekam di tempat-tempat tempat tersebut.

Sebenarnya, titik di tengah-tengah bahu merupakan titik utama untuk meningkatkan peredaran darah. Manakala, berbekam di kiri dan kanan bahu akan memberi kelegaan buat sesiapa sahaja terutama mereka yang sedang belajar dan bekerja. Memberi kerehatan pada bahu setelah penat belajar atau bekerja. Darah yang terkandung sel-sel mati dan kekotoran yang dikeluarkan akan merangsang pembinaan sel-sel baru, disamping mengisi ruang-ruang yang sakit dengan darah yang bersih, baru dan menghilangkan kesakitan.

Tuesday, April 19, 2011

Bekam|Rawatan Sunnah Nabi di Pasir Mas dan Kubang Kerian

Salam..Alhamdulillah, mengikut tentatif awal, saya akan berkunjung ke Pasir Mas dan Kubang Kerian, Kelantan minggu ini. Sesi rawatan dibuka di kawasan tersebut sepanjang hari Jumaat dan Sabtu (22hb dan 23hb April 2011). Dipersilakan menghubungi saya di talian 0196605040 untuk booking sesi rawatan. Sekian, terima kasih.

P/s: Rawatan di KL akan diteruskan semula mulai pada hari Selasa (26hb April 2011). Kepada rakan-rakan di KL, jangan risau tak sempat nak berbekam minggu ni, boleh booking untuk minggu hadapan pula.

Tarikh yang baik untuk berbekam April 2011

Menurut kalendar Islam, seperti yang disarankan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. menurut hadith beliau (15, 17, 19 & 21hb Hijriah).

Untuk bulan ini, tarikh yang paling baik (afdal) jatuh pada -
19hb April 2001 (Selasa; 15 Jamadil Awal 1432),
21hb April 2001 (Khamis; 17 Jamadil Awal 1432), dan
25hb April 2001 (Isnin; 21 Jamadil Awal 1432).

Apakah kebaikan tarikh-tarikh ini? Tarikh di antara 15hb - 21hb Hijriah ini bertepatan dengan kedudukan bulan yang sedang mengambang, di mana ada beberapa doktor-doktor Islam di masa lampau telah menemukan bahawa tarikh-tarikh ini adalah ketika penyakit berada dalam keadaan yang paling baik untuk dibekam, dan ada juga yang menemukan bahawa berbekam pada hari bulan terang akan mendatangkan kelapangan hati dan jiwa buat pesakit-pesakit yang mengalami depresi dan kerunsingan. Subhanallah..

Thursday, March 24, 2011

Sakit Apa pun Boleh Bekam..Subhanallah!

Bekam di Sungai Petani

 
 Bekam | Rawatan Sunnah Nabi

Kami menyediakan khidmat bekam dan foot refleksologi.
Khidmat bekam di sekitar Sungai Petani, Kedah.



“Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam pun boleh mencapainya.”



Info Menarik:
·        Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.
·        Bekam mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang berbahaya dari badan melalui penyedutan pada permukaan kulit.
·        Ia boleh membantu menghilangkan pening dan migrain, membuang angin, melancarkan peredaran darah dan menajamkan penglihatan.
·        Bekam juga adalah terapi psikik yang boleh mendatangkan kegembiraan dan menghilangkan kebimbangan dan kesedihan (apabila dilakukan mengikut sunnah nabi pada waktu yang afdal).
·        Berbekam ikut sunnah nabi adalah pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.
·        Waktu yang baik berbekam ialah pada separuh minggu kedua hingga hujung minggu ketiga (mengikut bulan Hijrah) dan utamakan siang hari dari malam hari.
·        Tarikh yang  baik untuk berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Islam, bagaimanapun apabila ada suatu keperluan perubatan (spt darah beku atau sakit bisul), bila-bila masa saja dilakukan adalah tetap bermanfaat.
·        Elakkan berbekam hari Rabu (hari Rabu dan malam Rabu dilarang sama sekali), Jumaat, Sabtu dan Ahad, kecuali ada keperluan.
·        Berbekam pada awal pagi sebelum makan paling baik untuk peredaran darah yang lancar.
·        Elakkan makan berat atau hubungan suami isteri 3 jam sebelum berbekam.
·        Tidak digalakkan merokok 48 jam selepas berbekam.

Bekam angin – RM30 per sesi | Bekam darah – RM50 sejam pertama
Jam seterusnya RM5 mengikut bilangan cup.

RALAT: Untuk makluman, kami telah menghentikan operasi di Sungai Petani. Sila rujuk post ini untuk maklumat pusat rawatn bekam di Sungai Petani.
http://bekamrawatansunnah.blogspot.com/2013/11/bekam-sunnah-di-sungai-petani-kedah.html?showComment=1385014279219#c5561269021004380942